Sunday, July 24, 2011

Sahabat

...

mati Tuah
kerana perintah

mati Jebat
kerana sahabat

...dan aku akan hadir menemani
di waktu-waktu sebegini.

~po

Sunday, July 17, 2011

Bahagia

...

bahagia
kadangkalanya
sekadar
sesuatu yang sudah ada
sekian lama

cuma
hanya perlu satu derita
untuk kembali
sedar
adanya


~po

Monday, July 11, 2011

Luka

...

luka adalah setitik warna merah
di atas kain putih cerah

dan lama-kelamaan
warna merah menjadi hitam
lantas melekat
tak mampu ditanggalkan

lalu luka kini segumpal warna hitam
di dalam hati penuh dendam

~po

Sunday, July 10, 2011

Pelangi



Dari spektrum cahaya yang menyuluh
Ruap udara bercampur lejuh
Titis-titis air yang penuh
Memecah menjadi tujuh

warna-warna yang tak pernah lusuh


~po