Sunday, September 18, 2011

Sudu Sudu Sena

...

sudu sudu sena
adakah malam tadi tidurmu lena?

sudu sudu sena
sudahkah kau buang jauh segala derita?

sudu sudu sena
terbanglah engkau ke pucuk sana

sudu sudu sena
tinggalkan aku dengan cerita kita

sudu sudu sena
mok mung tido guane?

~po

Saturday, September 17, 2011

Harus Aku Bangkit

kesakitan ini
bersilih ganti
datang dan pergi

dalam pembaringan
harus aku ucapkan
terimakasih pada Tuhan

kerana aku tahu
kesakitan itu
menghapus dosa-dosa aku
yang telah lalu

...dan harus aku bangkit
mengabdikan diri
pada Al-Khaliq.

~po.