Saturday, October 29, 2011

Leka

...

Alangkah
bertuah

kerana ada yang sentiasa mengingatkan
antara dosa dan pahala
alam akhirat dan dunia

di setiap ketika

kerana aku sering lalai dan leka

Tuhan
Aku pohon
aku tidak dipanggil pulang
dalam aku kelekaan

~Po.

Wednesday, October 19, 2011

Wang Yue, tidurlah selenamu...

...

terbaring berdarah
pasrah
menanti hadir
takut-takut masih ada
jiwa-jiwa yang mulia

terbaring pedih
dengan sakit digilis
perit
menghiris

hati-hati kosong dan mati
memandang tanpa ada peri
membiarkan kau sendiri
lantas
dunia bertanya

ke manakah hilangnya rasa?
ke manakah perginya jiwa?

semakin hari
kita semakin pantas berlari
entah ke mana di bumi Tuhan ini

Tiada sakit yang kau rasakan
melainkan sakitnya kemanusiaan
dan hari ini
anak sekecil mu mati
dalam diri setiap kita yang ada ini.

~Po