Wednesday, January 25, 2012

Petang Bersama Arwah Ayah

...

Dulu,
kalau nak makan roti canai,
arwah Ayah bawak aku naik motor pergi dekat sebelah Masjid.
Situ roti canai dia sedap
kuah kari dia terangkat

sekarang
Ayah dah tak ada...

Kadang-kadang juga dulu,
Ayah cuma tengok aje aku makan roti canai tu,
Ayah minum teh sambil hisap rokok tenung aku.
Aku tak tahu samada duit tak ada atau Ayah memang kenyang.

Dia menung memikirkan apa aku nak jadi bila besar nanti gamaknya...

Ayah dah tak ada...
Al-Fatehah buat Ayah.

~po

Monday, January 09, 2012

Tatkala tumpahnya airmatamu itu...

...

Anakku,
tatkala airmata kau tumpahkan
dari satu kegagalan
yang menyiat-nyiat perasaan

kamu mungkin tidak tahu
bahawa aku di satu sudut itu
bersyukur pada Yang Satu

kerana aku tahu
airmata yang tumpah itu
pernah dulu tumpah dari sudut mataku
dan semenjak itu
aku tidak lagi berpaling
lalu aku gagahi setiap jalan dan jurang
hinggalah berdiri di depanmu sekarang

anakku
airmatamu itu
membenihkan harapan
kepada kami yang tidak pernah berhenti
berdoa kepada Tuhan.

~po

Tuesday, January 03, 2012

Cahaya Amalina

...

tercalar
kaca yang dulunya
penuh cahaya
dek intan yang
kau sangkakan
menjadi perhiasan

dirimu yang kini
melihat dunia
dari pandangan sisi

dan dunia melihatmu
penuh sangsi

kalau masih bisa
mahu aku melambai kau kembali
kerana katamu
derita itu
pakaianmu setiap hari

derita kami juga
yang pernah mengaminkan doa
buatmu dulu...

~po

Monday, January 02, 2012

Di Tahun Baru Ini

...

sekadar
tiga ratus enam puluh lima hari
yang berlalu pergi

dan
tiga ratus enam puluh lima hari
yang baru

cukupkah
seribu lapan ratus dua puluh lima
mu itu?

~po