Sunday, March 13, 2005

Hang Tuah hang tau tak?

Kepada Hang Tuah


Hang Tuah...hang tau tak?
sekarang tanah melayu dah moden..
Sekarang dah ada LRT,Monorail,Komuter dan ERL
Tanah Melayu ditukar namanya jadi Malaya pada mulanya
Kemudian jadi Malaysia


Hang Tuah hang tau tak?
Sejak tuan hamba tak balik-balik
Orang di tanah melayu ni dah semakin ramai
Ada macam-macam suku kaum.

Hang tau tak?
Sekarang Malaysia dah semakin kaya
Orang-orang dah tak mandi kat sungai
dah tak berak merata-rata

Hang Tuah hang tau tak?
Dari tanah melayu sampai ke Malaysia
Melayu tetap sama
Tak ubah... kesiannya

Sampaikan salam saya pada Jebat,Kasturi lekir dan Lekiu...Nama tuan hamba sekelian dijadikan nama jalan di Kuala Lumpur

4 Comments:

Blogger SC said...

Hang Tuah, toksalah nak sembunyik, sumua org dah tau dah yg korang berlima sebenarnya penyangak kampung dusun. serupa mafia jugak.

*gurauan tak berlapik*

2:25 AM  
Blogger atiza said...

hahaha..nih mmg best!

2:58 AM  
Blogger Captain Barbell said...

hang tuah could be a wali you know...nak gurau pun jangan la tuduh orang yang kita tak kenal

*gurauan pilu*

9:23 PM  
Blogger AnakMalaya said...

hahaha.. baru baca sajak ni.. lawak betul!! tuah.. oh tuah..!! aku pun nak kim salam kat kawan kau yang berempat tu eh..

3:04 AM  

Post a Comment

<< Home