Friday, July 15, 2005

Bangun

Bangun!
Hari ini bukan untuk kau bermalas-malas
Nanti kau tertinggal bas
Pukul sepuluh ia berlepas

Bangun!
Ini hari bukan untuk kau berleka-leka
Setelah bertahun kau bersuka-suka
Bila terhantuk padanlah muka

Bangun!
Semalam sudah pun berlalu
Hari ini untuk kau reka cerita baru
Esok lagilah kau tak tahu

Bangun!
Takkan lah mahu diketuk kepala
Asyik seperti pahat dan tukul sahaja
Bila masa nak guna akal dikurnia

Bangun!
Cepat gerak sendi mu sendiri
Takkan lah asyik harap subsidi
Sampai bila nak menjadi abdi

Bangun!
Hari ini tidak sama dengan semalam
Kalau terlambat kau kan tenggelam
Baiklah jangan karam

Bangun!
Darah pahlawan merah mengalir
Dalam uratmu, lidah menjelir
Tentu, ini panggilan terakhir

0 Comments:

Post a Comment

<< Home