Monday, October 10, 2005

Ramadhan ini...

Temasya sudah bermula
Kemeriahan makin terasa
Seruan bergema
Menyeru manusia
Mengukuhkan jiwa
Menguatkan ghazirahnya
Mengasah tamyiznya
Bertaqarrub padaNya


Siangnya berpuasa
Dijauhi ghibah
Hening malam
Dihiasi qiam
Bertasbih dan tahmid
Berzikir lidah dan hati
Iktikaf bertalafuz pada Al-Waajid
Menghisab insafi diri


Mengharap maghfirah
Mendamba sakinah
Taufik inayah
Meningkatkan taqwa
Mencari redha
Setiap perihal
Moga tetap istiqamah
Dalam mengatur langkah


Ramadhan kan lebih bererti
Seandainya ada hijrah diri

1 Comments:

Blogger Elisha Cuthbert said...

I was browsing and found your blog. I am pretty new to blogging but I am working on blog for Elisha Ann Cuthbert. It should be pretty cool when it is finished. Keep blogging!

9:31 PM  

Post a Comment

<< Home