Sunday, January 03, 2010

Ting!

...

Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!

Dua belas kali jam berdenting lagi
Dua belas bulan masihi
Tiga ratus enam puluh lima hari
berganti

Kau menjerit
Kau bersorak
Kau melompat

Ting!

Kau berlaga gelas kaca bertirus tapak

Sambil kau ucapkan
Selamat Tahun Baru!
Dengan nafas berbau anggur

Bunga api berdentum di dada langit kota
Memecahkan cahaya

Biru
Merah
Kuning
Jingga

Kau berpeluk pinggang
Melihat keindahan ciptaan
Sambil berangan-angan
Akan saki baki malam
Yang masih panjang

Ting!

Bunyi lif hotel empat bintang

Tahun baru datang lagi
Ada yang baru tiba
Ada yang sudah pergi

Ada azam dicipta
Ada cinta bertahta
Ada usia bertambah tua

Dan

Ting!

Nombor giliran mu naik

lalu bunyi itu hilang
Sederas waktu yang bertandang
Sebelum kita semua
Mengadap Tuhan

~po.

1 Comments:

Blogger ad said...

tahniah.. tunggu dideklamasi saja.

1:05 AM  

Post a Comment

<< Home