Monday, January 09, 2012

Tatkala tumpahnya airmatamu itu...

...

Anakku,
tatkala airmata kau tumpahkan
dari satu kegagalan
yang menyiat-nyiat perasaan

kamu mungkin tidak tahu
bahawa aku di satu sudut itu
bersyukur pada Yang Satu

kerana aku tahu
airmata yang tumpah itu
pernah dulu tumpah dari sudut mataku
dan semenjak itu
aku tidak lagi berpaling
lalu aku gagahi setiap jalan dan jurang
hinggalah berdiri di depanmu sekarang

anakku
airmatamu itu
membenihkan harapan
kepada kami yang tidak pernah berhenti
berdoa kepada Tuhan.

~po

0 Comments:

Post a Comment

<< Home