Sunday, March 20, 2005

Masa Berlalu

Daun gugur
Bunga layu
Ranting patah
Pokok Mati

Begitulah lumrah ia, kerana ia tidak lagi menoleh ke belakang

Musim berganti
Saat berdetik
Muda semakin tua

Memang ia tak akan menoleh kebelakang

Sedih semakin sedih
Hati semakin sayu
Muram semakin menghimpit

Sedarlah apa yang berlaku ia tidak akan menoleh kebelakang



Mohariz Hj Yaakup
Kajang Selangor

0 Comments:

Post a Comment

<< Home