Friday, October 14, 2005

kering ditubuh sendiri

jenuh aku dipundak
onak menghalang aku kepuncak
bermula dari kecil langkah setapak
dalam jurang buana belantara
dalam gaung sarat pancaroba

lidah ku basah
tak kering digusi
pelikat ku kuyup
kering ditubuh sendiri
tak mampu disidai
tak sanggup mendedah aurat terurai
malu mengaib
tiada kain lagi untuk diganti pakai

disini aku tidak berlumba
disitu aku teruja
rasa menguasai selera
hati mengaburi minda
ilmu dunia mahu ku timba
melaung sekuat suara
tiada bersembunyi digua

/dzan
oct 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home