Sunday, March 20, 2005

Muhasabah II

Sama berdiri dibuat kawan sama bersujud rasa menjadi
Sama rambut cantik melangit tapi sama bila dihati
Sama rambut cantik melangit tapi tak sama bila dihati

Yang satu bertompok hijau yang satu hitam sekali
Yang murah baik sekali yang mahal tak jejak dibumi
Yang rendah dipasung kaki yang bersayap sayup sayup tinggi
Yang tinggi jatuh berderai yang rendah rebah sampai terlena

Akan tiba hari yang terlena itu terlentang hamparan menyambut jatuhnya
Bukan sahaja terlentang malah berkecai serpihan jatuhnya dari langit yang tinggi
Bersepai berserak hantukan bersambut berlapik menyentuh bumi

Apa lagi yang bernilai andai semua berkecai berderai
Bila dahi serentak bersentuh hamparan berkiblat janji termeterai
Bila sedih tersedar bahawa kerdilnya diri mengadap Mu

Mac 21.2005.2:00 am
Kaedah bergilir
Azalea/Mohariz

0 Comments:

Post a Comment

<< Home