Monday, July 14, 2008

Suatu Hari Nanti, Anakku.

...

anakku
suatu hari nanti
aku tahu
kau akan juga
membuatkan aku merasa bangga

dan
di suatu hari itu
aku mahu berada di situ
di sisimu

kerana anakku
semenjak aku diamanahkan dengan kamu
kau sudah cukup membanggakan aku

aku cuma mahu
kau tahu itu.

~Po.

1 Comments:

Blogger Suka Bebel said...

aku bangga buat bapakku rasa bangga.hehe...terima kasih sebab menimbulkan idea baru untuk kubebel sebalik kerja nanti

1:56 AM  

Post a Comment

<< Home