Tuesday, May 20, 2008

Aku Kapal Kertas



aku kapal kertas
terapung hanyut di laut lepas

tidaklah aku tahu
apakah aku akan hanyut ke penjuru benua baru
atau mungkin aku
tenggelam ke dasar laut
membiru

Hanya Tuhan yang tentu

aku kapal kertas
terapung hanyut dalam mimpi yang tak sudah
kadang-kala resah
selalunya gundah

bagai kapal kertas
dengan semangatnya aku redah
dengan untung nasibnya aku pasrah

kerana kita
aku, engkau dan semua
hanyalah manusia
Yang mengetahui segala
Hanya Dia

Hanyalah Dia.

~Po.

1 Comments:

Blogger farouq said...

itulah realiti..hidup umpama kapal kertas..sukar untuk diduga..

6:49 AM  

Post a Comment

<< Home