Monday, March 31, 2008

Kembalilah Sufiah...

...

jalanmu penuh liku
onak pedih mencalar menjadi ranjau ranjangmu
dan akhirnya batang tubuhmu
tersungkur di muka pintu
berkabut sendu

lupakan seketika sufiah
bahawa kau pernah memahat sejarah
kerana hari ini masih cerah
anugerah bukanlah sumpah
hidup ini tak pernah mudah

kembali
kerana namamu sufi

kembali
kerana pintu ini
tidak pernah sesekali terkunci

sufiah
masih ada waktu
cahaya itu masih tetap di situ
hanya menunggu
engkau membuka pintu

kembalilah
kerana namamu sufiah.

~Po.

4 Comments:

Blogger Danielle_Corleone said...

alo bro! gua nk kongsi2 ekspresi seni dan puisi! senang2 lawat2 blog aku, bleh kita tukar2 idea dan rasa! :P

4:42 AM  
Blogger Fiquelicious said...

Sufiah,
aku akan pastikan bertemu dipintu syurga

4:58 PM  
Blogger dzan said...

kalaulah...
syurga itu pintu kamu
sudah tentu
sesiapa pun akan masuk sesuka kamu

tiada lagi perhitungan jadi ertualang
tiada lagi amalan sehari jadi bekalan
dititian usang

tapi apa mungkin pintu syurga bakal dihidu
atas nama kebesaran mu?

/dzan

7:51 PM  
Blogger dzan said...

kalaulah...
syurga itu pintu kamu
sudah tentu
sesiapa pun akan masuk sesuka kamu

tiada lagi perhitungan jadi pertualang
tiada lagi amalan sehari jadi bekalan
dititian usang

tapi apa mungkin pintu syurga bakal dihidu
atas nama kebesaran mu?

/dzan

7:51 PM

7:52 PM  

Post a Comment

<< Home