Monday, February 04, 2008

Bahawa Aku

...

Kesakitan ini bagaikan belati
menghiris tangkai hati
dan tanpa aku sedari
darah-darah merah membasahi
melumuri
jalan-jalan yang aku lalui

Pasrah aku berserah
menanti masa aku rebah
dan garis-garis yang tersimbah
pada batu-batu tanah
menjadi tugu yang gah

bahawa aku
tidak pernah kalah

~Po

12 Comments:

Blogger K i a H R o N g G e n G said...

Po...lama sudah ku ikuti semua puisi ini tapi mek tidak bisa memahami nya.makne disebalik ape yg nak disampaikan..brain storm nak kasi paham gak..tak paham-paham laaaa

11:24 PM  
Blogger Anonymous said...

Kiah,

Kadang-kadang bukan kefahaman yang dituntut dari satu-satu puisi tetapi penjiwaan itu.

Chairil Anwar membuat puisi bertajuk 'aku' ketika kemelut sosio politik dan perjuangan menetang penjajahan Belanda di Indonesia lantas sajak tersebut diangkat sebagai satu sajak perjuangan yang amat tinggi maksudnya.

Sedangkan, kalau di baca dari sejarah Chairil itu sendiri, puisi itu lebih kepada keadaan sosial masyarakat sekeliling beliau yang amat tenat ketika beliau menulisnya.

Pokoknya, walau apa makna yang tersembunyi di sebalik kata, jika ianya menyentuh jiwa kita, ianya sudah cukup disampaikan.

Sekian.

11:44 PM  
Blogger K i a H R o N g G e n G said...

owh..penjiwaan ok.i can feel that!.Terima Kasih PO atas penjelasan itu.

6:26 PM  
Blogger OmbakHijau said...

Po,

Kesakitan yang dilalui
Adalah guru terbaik perjalanan ini

Sebatang pokok yang gah
adalah pokok yang terdedah dek ribut dan taufan

Kita adalah insan
yang tidak pernah berhenti belajar
Belajar untuk menang
Belajar untuk kalah

8:38 PM  
Blogger posmen said...

meresap jiwa.. :)

4:57 AM  
Blogger Anonymous said...

Om,

Belajar untuk menang
Belajar untuk kalah

Aku suka itu, kerana belajar menghadapi kekalahan bukanlah semudah belajar untuk menang.

Posmen,

Terima kasih

12:29 AM  
Blogger Nazrah Leopolis said...

encik po...

terima kasih daun keladi kerana masih gigih menulis...

insyaAllah saya akan menyusul bila keadaan di rumah mulai reda.


yuk kita publish yuk bila cukup 200 kuntum puisi?

9:26 PM  
Blogger penuliskambuhan said...

good one!! i like it

2:14 AM  
Blogger Anonymous said...

Nazrah...

Yuk kita yuk..!
he he

addi,

Thanks..

5:34 PM  
Blogger Salafi Newbie said...

...berbicaralah seorang penyair tentang keperihan meniti perjuangan...
raunglah sekeras hati penyair pada keparat bangsa tentang kecelakaan hati...
bertugulah wahai penyair diatas lembaran kemunafikan manusia keji...
sampai nanti akan bersatu denganku wahai jiwa-jiwa suci...

3:41 PM  
Blogger Pegang Cahaya said...

aku masih memperjuangkan hidupku
walaupun mengalir darah memancut..
aku masih gagah menempuhi kesakitan ..
bagai diseret kaki ke jalan yang berduri dengan sengaja..
lumrah ke hidupan yang aku jalani..

7:53 PM  
Blogger Anonymous said...

Peng,

sekadar satu laungan yang kadang-kadang tidak kedengaran.

Lely,

Bahawa kau juga
Tidak pernah kalah
semoga tabah

8:59 PM  

Post a Comment

<< Home