Thursday, April 03, 2008

Penat

Tidur
cemburunya aku
pada dia yang berselingkuh
dengan bantal kekabu

Aku
ibu yang menyusu
anaknya yang gebu
belum boleh beradu

Lelah
semacam mahu membunuh
aku menggagahi bahu
cinta pada zuriatku

Tidur
akan tidurlah aku
bila tiba waktu itu
tak berbantal kekabu...

1 Comments:

Blogger Anonymous said...

ya ya
lelah itu kadang-kadang membunuh

12:30 AM  

Post a Comment

<< Home