Wednesday, October 22, 2008

Ironinya..Begitulah Kita

...

Aku pernah tergelak
melihat Manamohan berkawad
macam robot tak sihat
kiri dan kanan berselerak

Ironinya
kami sama-sama ketawa
tanpa ada rasa curiga

Aku pernah cemas
Dengan Boon Leong yang kehilangan basikal
Sama-sama mencari di setiap ceruk
di belakang dewan di belakang kelas

Ironinya
kami sama-sama ketawa
bila ketika bapanya tiba
pagi tadi, dia datang dengan kereta

Aku pernah risau
Dengan Beng Mei di dalam kelas
sejurus sebelum STPM bermula
sama-sama mengucapkan selamat berjaya

Ironinya
Kami tersenyum bersama
bila tiba akhir periksa
dan kami tahu
itulah terakhir kita akan bersama

Aku pernah bergurau
Dengan Mahaletchumi untuk menjadi suri
bila nanti kami habis universiti
sama-sama berjalan menuju fakulti

Ironinya
kami tidak pernah ambil hati
sebelum Santhiran mengugut kami
aku perampas si buah hati
lalu kami ketawa lagi

Walau apa warna kulit kita
Walau apa juga anutan kita
kita tetap sama

manusia

dan ironinya
kita selalu lupa
bahawa kita seharusnya hidup bersama
aman dan damai setiap masa
tanpa dusta
tanpa nista

Begitulah kita.

~po.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home