Tuesday, May 17, 2005

Dalam Perjalanan Ini

Aku berlari-lari
mengejar sesuatu yang kucari-cari
tapi dah aku ketahui
jangkauan itu tidak pasti

Aku cuba berjalan
agar langkahku lebih perlahan
supaya segala-galanya dapat kufikirkan
kutilik, kujangka, tanpa perasaan

Aku terhenti pula
Kerana perasaan itu kembali menjengah
Apa kau fikir aku sudah gila
Cuba menggapai tanpa sudah

Aku menapak langkah demi langkah
Kerana kulihat ada lubang-lubang
Takut pula kalau terjatuh
Lalu tak bisa keluar semula

Kini aku juga melihat
Ke kiri dan ke kanan
Semakin luas pandanganku
Yang selama ini hanya selorong

Namun tetap kutoleh ke belakang
Ada pengajaran menjadi bingkisan
Buat renungan dalam perjalanan
Jadi landasan buat keputusan

Yang kutunggu pasti kan datang
Tak akan aku fikir bila dan di mana
Kalau yang ditunggu tak kunjung tiba
Langkah kaki ini tetap kuteruskan jua

1 Comments:

Blogger Unknown said...

karya yang baik...

12:54 PM  

Post a Comment

<< Home