Monday, August 06, 2007

Kering dan kontang

Dari tanah yang kosong

Aku berjalan dan berjalan

Kering kontang seperti tiada hujan seribu tahun

Langkah demi langkah

Tak sedar kaki aku sudah melecur

Melecur dimakan kepanasan bumi ini



Sedar dalam tidak sedar

Belum sampai lagi destinasi

Lapar dan dahaga tak ada bandingan

Mahu saja aku mamah kakiku sendiri

Darah pula hendak ku minum penghilang dahaga



Sunyi dalam huru hara

Rebut kalut angin berpasir

Tiada apa lagi yang fikir

Cuma perca perca bahagia

Yang selalu aku bazirkan

Akulah fakir akulah miskin

Di bumi ini aku lalai



Mimpi rupanya

Aku lupa basuh kaki

Tidur mati mimpi ngeri

Alamak subuh lepas lagi




Ketagih menulis tapi tak de idea

Mohariz Yaakup

Kota Damansara 7/8/2007

0 Comments:

Post a Comment

<< Home