Sunday, May 01, 2005

Suatu Hari

...

Suatu hari
Aku kembali
Ke Kota ini

Menginap di Jalan P. Ramlee
Bersebelahan dengan Hard Rock Kopi
Mengintai dari sipi-sipi

Jam 1 pagi
Berjalan kaki
menyusur laluan batu bata bersegi
Mencari hakikat realiti
Dengan mata kepala sendiri

Melihat lautan manusia menari
Dalam muzik bingit berkelip-kelip api
Tak sedar diri
Tak ingat mati

Disapa oleh seorang pemandu teksi
'Mau perempuan malam ni?'

Mengangkat tangan ini
Dikibaskan ke kanan dan kiri
Dengan hormat menolak ajakan nafsu-nafsi
'aku sudah beristeri'
Bisik hati

Jam 2 pagi
Aku kembali
Mencari diri
Yang tenggelam dalam titis embun dinihari

Betapa aku menemui kini
Besarnya harga dan nilai erti
Sebuah pembangunan di kota ini

Suatu hari
Aku tak mahu nanti
Anak-anak aku sendiri
Membayar harga ini

~darekampo

0 Comments:

Post a Comment

<< Home