Saturday, April 30, 2005

Pintu Merajuk...

...kerbau yang kena

Pintu yang diketuk
tidak bersahut
walau kelibat di jendela
mundar mandir
bukan kerana takut
tapi kedekut
merajuk hati sinis disindir
rupanya lisut tebu di bibir

Yang diluar berpeluh-peluh
perut lapar jerih lenguh
penat sendi berakit-rakit
yang di dalam buat bodoh
yang bertamu tiada tokoh
seribu kali sayang
yang empunya pintu
sempit
cerewet
berenang-renang
bersenang-lenang

Sudahlah kau
Agaknya angau sudah jadi sasau
macam tungau pokok belinjau

Tombong yang rompong
berlagak sombong
lohongnya tong kosong

Tamu selekeh kau perlekeh
tuan rumah batu banyak songeh

Kau tak hendak
aku lagi tak ingin
tak kebulur aku
pintu berkeladak
ada hati naik angin
ada hati perut
kaku
dingin

Sudahlah
(Boleh blah...)

Kau, kau, kau dan kau.
Hidung ditarik macam...?

1 Comments:

Blogger Unknown said...

Ini betul punya puisi...kerbau tak salah pun kena ikut..Bagus luahkan rasa dari terpendam jadi pekung berbau kentut..

3:51 PM  

Post a Comment

<< Home