Wednesday, April 27, 2005

Kerana tafsiran kiasan...

UploadEngine.com - Ultra-fast, highly reliable and dedicated online file hosting.UploadEngine.com - Ultra-fast, highly reliable and dedicated online file hosting.
UploadEngine.com - Ultra-fast, highly reliable and dedicated online file hosting.


Kerana tafsiran kiasan...
jiwa ribut berkocak
tak lurus lembing terpacak
ada suka, sayu dan bangga
teruja jua sekali dua
makin hari terus membakar
tak cukup kanvas ku lakar
mega ku merah, ungu, hitam, kelabu
esoknya pula biru

Kerana tafsiran kiasan...
aku mencari penawar jiwa
di mana ya?

Tertiarap di bangunan kolonial?
Bertahta di kaki Bukit Chandan?

Kerana tafsiran kiasan...
Horizon ku pelbagai warna kini
Lalu alter ego menyapa diri

Katanya sinis -- kasih itu kan elok dibiar terbang
kerana sesungguhnya tak luak rasa sayang
kasih bukan untuk dimilik
kan gerak geri bisa ditilik?

lalu aku lihat garisan...

telah lama garisan ku rempuh
hati yang rapuh, bisa lumpuh

kau tak perlu melangkah garisan

kerana seru ku telah mewarna horizon, mega dan cekerawala
ia menemani mu sentiasa
yakinlah

...

2 Comments:

Blogger SC said...

Selamat Datang! Ini bukan setakat terkezut dog, tapi tergamam tergolek dog dari bangku bila tidak semena-mena muncul gambar berwarna warni cerminan jiwa yang gemarkan kegembiraan. Syabas!

1:28 AM  
Blogger suhaimi sulaiman said...

Dear SC,

Gembira jua berkongsi rasa.

7:01 AM  

Post a Comment

<< Home