Wednesday, June 15, 2005

bicara suami buat isteri

bertasbih aku mengharap ikhlas
bersih, dari mu Puan
aku menatang kasih, jernih

bicara ku
janganlah menangis,
hanya kerana aku tiada lagi romantis
janganlah hiba
hanya kerana aku mudah lupa
tarikh penting hidup semasa

janganlah mengadu rindu, bercelaru
berkeluh resah berkalislah, cemburu
sepi, jangan menguasai
pilu, jangan menakluki
biarpun langkah ku jauh, mencari rezeki

maafkan aku sayang,
istana ini tiadalah seindah rupa,
ketawa kita tiada juga selamanya
sesekali jerit perisian hidup sempit
serasa pahit bak nasi terhimpit

engkau, isteri yang aku akad
aku, suami yang restu terikat
kalau kesempurnaan yang ku cari
apalah diri tiada daya mengimbangi
bertegarlah, walau cinta nampak tercalar
berkentallah, walau fitnah datang berlegar
sebenarnya cinta ini,
merentasi hidup dan mati, Yakinlah

layarkanlah curiga durjana
berfikirlah dengan mata
lantas terlihatlah dengan telinga
berdengar-dengarlah dengan minda
barulah hidup rapi bermakna, bahagia

saat kerjaya kian terbanting
bersama putera-puteri kita bermain
ketika kawan bertandang, bersaing
mertua dan ipar-duai usahlah engkau berpaling

jangan terbisu sayangku
takut mengganjur bersama seteru yang bertamu

/dzan
june 2005

****** Puisi khas untuk para isteri (or suami) sebagai salam pengenalan dari dzan. 3ma kasih puisi-relay kerana mengundang aku kesini. Juga sebagai imbalan bagi puisi BICARA SEPI SANG ISTERI oleh lady nazrah. ********

0 Comments:

Post a Comment

<< Home