Tuesday, April 25, 2006

doa mu bonda

bonda
doa mu masih segar
walau tegar lagi tangan manusia yang melumpuri
buaian yang pernah kau hayun
mencambah fitnah bernanah
tentang hati mu yang luhur
tentang suara mu yang kian luntur

yang terdahulunya purba
kini adalah wadah selera sementara
diatas nama seni indah
diatas usaha kepingan dollar
di atas kebebasan maruah
MAJU lah kira nya (?)

yang berpakaian indah
dibilang arabi
bukan lagi bangsa terperi
idibilang dungu menilai insani
dibilang ilmu secetek perigi

anak-anak mu
mahu berhijrah minda
dari barat, dari timur tengah
melantun jauh merata negeri-negeri ini
bermukim ke suatu benua Allah
dimana MARUAH adalah
tunggak tamadun manusia

/dzan
april 2006

Saturday, April 15, 2006

sigai

aku sigai kelangit tujuh
agar tiada roboh
segala panji dan janji-janji
dalam perjalanan aku kembali
supaya dapat aku merentangi
mengimbangi diri diatas titi
dalam tiap baris ilmu-ilmu terkini
dipenghimpunan khutub-khanah pasti
melangkah dipenggarisan lurus
yang kian bengkok atau pun pupus

bukan bodoh
bukan sombong
bukan bodoh-sombong
bukan lagak
bukan pandai
bukan lagak-pandai

sekadar kecintaan dalam keberadaan
yang aku dikurniakan akal
mampu menggapai awan

/dzan
april 2006

Monday, April 10, 2006

riwayat kodok naik kejunjung

riwayat kodok naik kejunjung
kerajaannya
sekadar dibawah tempurung
terlungkup tempurung menjadi redup
dalam redup teraba-raba
terbuka tempurung menjadi murung
dalam murung berkilauan cahaya
tak terlihat dihadapan mata
namun perasan celik khazanah dunia

riwayat kodok naik kejunjung
bila berarak minta dipuja
anak dara mahu dikucupnya
ketagihan cinta kasih nak dara
terperi berharap menjadi putera sempurna
malang kudis disisik tak terlihat jua

riwayat kodok naik kejunjung
membuat ramai yang melopong
membikin fikiran terpinga-pinga
terkinja-kinja melawan fitrahnya
terpenyek dilanggar lori
dibunting oleh anak-anak sendiri

riwayat kodok naik kejunjung
kepintaran dalam terpinga
tatkala kain yang dikoyaknya
mahir disembunyikan bunyinya

/dzan
april 2006