Tuesday, November 11, 2008

Bebaskan Sammy

Apabila aku bukakan mataku
tersergam megah Atlantis biru
di situlah duduk terpenjuru
di sangkar karang vistana batu

Apabila ku bukakan hatiku
Alangkah malang nasib ikan yu itu
di balik cermin kalis peluru
diejek-ejek si taukeh dungu

Suara kecil bertalu-talu

Bebaskan Sammy
si ikan yu
bebaskan Sammy
dari dibelenggu

Bebaskan diri
dari tertipu
bebaskan Sammy
ke lautan biru.

Terbuka Hijab

Yang aku sangka
mendekatkan aku
lebih peri menjadikan aku bodoh

Yang aku jumpa di timur jauh
lebih teguh dan berhala tuju

Yang aku cari
tiada di sini
yang aku minta
sudah sedia ada

Ilmu bersuluh
aku jumpa di timur jauh
di tanah arab
terbukalah hijab

Jika hidup berpenghulu dunia
di akhir hayat papa kedana

Nota

Nota itu telah tiada
tanda bahawa
kita semua

hamba-hambaNya

~po.

Saturday, November 01, 2008

yang

Sayang:

yang kau curi adalah hati ku
yang kau usik adalah naluri ku
yang kau sentuh adalah jiwa ku
yang kau genggam adalah janji ku
yang kau gantung adalah nyawa ku
yang kau bisik adalah riwayat cinta ku

//yang teriyang adalah keberadaan aku dan kamu//

/dzan