mentera dan serapah
serapah ini ku baca
ku minta tunjuk, minta petua, minta kuasa
air langit mahu ku timba
ku kumpul hanya dalam satu belanga, jadi kuala
buat mandian, ku cuci semangat
bersama 7 jenis bunga
dalam 7 macam telaga
pertapaan ku diantara 7 benua.
ku bikin pengawet, jadi tangkal berazimat
membersih darah, jadi lancar berlumat
mercu keakal, bersisip nyawa bernafas
pemangkin minda pintar bergegas
fikiran jadi kuat, lidah jadi petah bertaklimat
mentera ini ku cipta
ku puja suara, ku panggil selera
ku bangkit daya kental berjiwa
bermakrifat, ku seru semangat malaikat 44
agar tenang datang terikat, bahagia beradu kuat
hidup-mati pun tiada bermuktamat
lurus, kudus, menghunus
mengucap dua kalimah, bersyahadah
sebelum daya menghilang tiada
akulah bermentera serapah
jitu bermudigah, tabah ketiadaan megah
/dzan
aug 2005