Monday, July 25, 2005

Cinta Sejati

Bila termeterainya janji
sumpah setia berkait hati
kononnya bersatu sampai mati
berbunga-bunga besar dalam hati
simpan naluri perhamba diri
cinta dipupuk hari demi hari
memadu cinta berbuah kasih
saling percaya mempercayai
rukun damai berteman serasi


Bila cinta beraja di hati
akal waras tak lagi bererti
taksub menagih kurnia pemberi
langsung lupa tugas sendiri
cinta agung pada Ilahi
yang termaktub lagi hakiki
kasih sayang tak bertepi
tak bersyarat suci murni
takkan luput di penghujung hari



Tak usah gian bila menagih
pada hamba sesama semilir
bergantung harap bersama bertatih
sampai lumpuh terus bergeser
walhal yang teguh Maha Mengasihi
yang disuruh kita memadu kasih
agar tenang meniti hari
agar iman meningkat hampir
pada sucinya cinta sejati

Sunday, July 17, 2005

panggung

hidup yang diatas panggung
ada tangan yang mencatur
ada niat membelit, tersirat
ada bicara langsung, menyurat
ada depan, ada belakang
ada mula dan ada penamatnya
ada aturan berbait acara

ada buruk jadi terpuja
ada indah jati terhina
lantaran gemuruh tepuk dan hilainya
ada imbalan cerita segala
dalam rangka peraturan masa

berbicara, rapi disusun
gemulai langkah sarat, dihayun
matlamat untung, dikira
kemungkinan rugi, didusta
terjanalah rentak bicara
ragaman pencatur, melayarkan cerita.

inilah hidup semu
tapi ramai yang ingin bertamu
menyusur mengikut gaya
bertutur lagak idolanya

aku termangu, berakur
hidupku sarat tiada teratur
bicara ku tiada didorong, tiada terpaksa
malah aturan masa pun tiada
sekehendak aku bebas, bersutan dimata
rugilah hayat dikandung masa.

(jikalau aku anak panggung
akulah yang bakal menjadi agong)

/dzan
july 2005

Friday, July 15, 2005

Bangun

Bangun!
Hari ini bukan untuk kau bermalas-malas
Nanti kau tertinggal bas
Pukul sepuluh ia berlepas

Bangun!
Ini hari bukan untuk kau berleka-leka
Setelah bertahun kau bersuka-suka
Bila terhantuk padanlah muka

Bangun!
Semalam sudah pun berlalu
Hari ini untuk kau reka cerita baru
Esok lagilah kau tak tahu

Bangun!
Takkan lah mahu diketuk kepala
Asyik seperti pahat dan tukul sahaja
Bila masa nak guna akal dikurnia

Bangun!
Cepat gerak sendi mu sendiri
Takkan lah asyik harap subsidi
Sampai bila nak menjadi abdi

Bangun!
Hari ini tidak sama dengan semalam
Kalau terlambat kau kan tenggelam
Baiklah jangan karam

Bangun!
Darah pahlawan merah mengalir
Dalam uratmu, lidah menjelir
Tentu, ini panggilan terakhir

Tuesday, July 12, 2005

makna

makna dalam kata
telah lama hilang, jatuh
diperut perigi tua dan buta
bayang tiada lagi tergambar
walau perigi tenang memancar
sang aku
telah pun bersemadi
bersama ulat dan cacing bumi

ertinya aku tiada kembali
menyembunyi segala erti janji

/dzan
july 2005

Wednesday, July 06, 2005

Bisikan Rindu

Sayang,
Ku cuba hidup tanpa dirimu
Namun duniaku haru biru
Perasaanku meracau tidak menentu


Sayang,
Mengapa bisa jemu
Mengapa bisa rindu
Mengapa jadi begitu


Sayang,
Sesaat kau tiada
Resah diriku kesunyian
Gelisah tidak keruan


Pintaku,
Kirimkan pujuk rayumu
Sampaikan belai mesramu
Bisikkan kasih rindumu


Untuk,
Kujadikan pendamai keresahan hati
Kujadikan penenang gelora jiwa
Kujadikan azimat abadi dan hakiki


Senantiasa, selamanya...


Sunday, July 03, 2005

wanita

wanita
cenderung aku bernikah
bukan dasar hukum yang menyuruh
tapi ada cinta, ada hati, ada nyawa
ada hidup ikhlas yang merangkum, menyeluruh

malap pelita hati ku, keliru
pada bidalan yang menyusul
berakad atas rupa, darjat dan benda
tapi iman mahu juga

tiada terlintas iman jadi andaian
sebab itu urusan tuhan
apalah daya dapat ku kesan
namun atas peri islam mu, aku bersyukur
engkau menyusur dan kesohor

wanita
berhentilah membasah hidup
dalam kias, beribu tanya
tiada ku tahu apa pun makna
bernafaskanlah, seribu jawapan
penuh waja, beria dan bernyawa

berhias pada diri
dengan air yang menyegar jiwa
pada kata yang mencermin minda
dengan celak yang menjelitakan watak

itu bukan sempurna
(tiada pun ku pinta)
tapi menjauh dari pura-pura

/dzan
july 2005

Saturday, July 02, 2005

Sifat Mahmudah


Bingkisan nukilan sifat mahmudah
Susah dimiliki dijaganya payah
Hanya bagi yang bermujahadah
Dicari diasuh agar istiqamah

Sifat sabar mendidik diri
Menerima qada dan qadar Illahi
Ujian dugaan tabah dihadapi
Limpahan rahmat terus disyukuri

Sifat ikhlas menggamit rasa
Terasa luhur budi bahasa
Manis senyuman di pandangan mata
Baik bakti tersemat di dada

Sifat amanah penegak keadilan
Arus dunia penuh godaan
HukumNya tegar ditegakkan
Yang terpikul di pundak harus lunaskan

Sifat redha mengasuh hati
Hidup di dunia tiada abadi
Insan teruji istimewa sekali
Jannah menanti janjiNya pasti



Wallahualam...



Bicara Hati


Rasa cinta mengundang rindu
Rasa rindu menggamit sayang
Rasa sayang memaut kasih
Rasa kasih menambat hati


Tanpamu di sisi
Hening malam terasa sepi
Sepi malam terasa sunyi
Terasa hambar purnama berseri


Pasrahku
Menghitung hari
Membilang waktu
Mengira detik
Walang di hati
Menanti hadirmu


Bertiuplah angin menghantar khabar
Berpuputlah semilir membawa perihal
Berhembuslah bayu mengirim berita
Setiaku bersulam jalinan harapan


Pulanglah
Kembalilah
Hujanan emas di rantau orang
Hujanan batu di tanah air
Baik lagi di sini
Di sisi
Tanah tumpah darahmu

Mudahnya


Mudahnya
Melafaz ucap cinta
Meski kepastian tiada
Membina harapan
Yang retak menanti belah cuma

Mudahnya
Meluah rasa
Menjentik kalbu harapan
Mengusik kamar perasaan
Menyemai bibit yang samar

Mudahnya
Mengungkap kasih
Bahagia tersulam sementarakah cuma
Tegarkah jika badai melanda
Tegakkah tugu yang terbina

Mudahnya
Membicarakan rindu
Apakah tiada makna
Tiada harga
Begitu mudah terungkap

Mudahnya
Diayun leka
Dibuai alpa
Dihanyut lemas
Arus asmara

Mudahnya...



Friday, July 01, 2005

poppy Posted by Picasa

Lest we forget..... Posted by Picasa