Saturday, November 23, 2013

gerimis

...

Hujan sebegini.

Kadangkala melebat dan kadangkala gerimis.
Merebas di kaca jendela.

Merembeskan kenangan-kenangan lama.

Hujan sebegini.

Jika dulu.

Berteleku di muka pintu.
Melihat hujan turun.
Sesekali udara dingin menyapa ke setiap ruang dan rongga.

 merindu.

Daun-daun hijau yang melendut dan melurut air yang jatuh ke pasir polos.
Mengingatkan aku.

...dan dikala lebat.

Kerinduan itu menjadi sarat.

...

Hari ini. Hujan-hujan sebegini.

...sekadar menjadi pengingat.
kisah yang pernah tercatat.

~po

Sunday, March 17, 2013

Sebuah Perjalanan Suci

...

dengan rahmat dariNya
akan ada sejalur ruang untuk kita
berjalan di celahan ribuan manusia
jemputan dari yang Esa

seputih ihram
talbiah berkumandang
dari sayup padang gersang
sehingga ke tanah haram

tawaf tujuh pusingan penuh
dengan zikrullah
dengan doa bersungguh
dengan penuh seluruh

maghfirah
berlari tanpa lelah
antara Safa dan Marwah
antara doa dan ibadah

dan gugur semua riak dan angkuh
segala dosa luruh
dan sujud dalam lindungan yang teduh

sebuah perjalanan yang suci
semoga mabrurah....
semoga mabrurah....

semoga maqbul lah.

InsyaAllah.

~po

Wednesday, January 30, 2013

Sejuta Sujud

...

seketika tiada mampu sendi anggota
amanah seorang hamba kepadaNya
bukan bagaimana biasa...

aku merindukan rukun kelapan solat
yang selama ini aku tidak meletakkan di tempatnya nikmat
yang selama ini aku abaikan munajat di penghujung raka'at

tatkala kembali sujud
satu kedamaian kembali abadi
satu persembahan
ketulusan tandus jiwa
kepada al-khaliq
biar payah
seakan rebah

kembali sujud
penuh seluruh
azam dan tekad
bersungguh

Tuhanku,
sejuta sujud
syukur aku kepadaMu....

Tuhanku,
Maha Suci Mu
menjadikan aku

~po



Sunday, February 19, 2012

O Captain! My Captain! by Walt Whitman (1819-1892)




O Captain! my Captain! our fearful trip is done,
The ship has weather’d every rack, the prize we sought is won,
The port is near, the bells I hear, the people all exulting,
While follow eyes the steady keel, the vessel grim and daring;
But O heart! heart! heart!
O the bleeding drops of red,
Where on the deck my Captain lies,
Fallen cold and dead.

O Captain! my Captain! rise up and hear the bells;
Rise up—for you the flag is flung—for you the bugle trills,
For you bouquets and ribbon’d wreaths—for you the shores a-crowding,
For you they call, the swaying mass, their eager faces turning;
Here Captain! dear father!
The arm beneath your head!
It is some dream that on the deck,
You’ve fallen cold and dead.

My Captain does not answer, his lips are pale and still,
My father does not feel my arm, he has no pulse nor will,
The ship is anchor’d safe and sound, its voyage closed and done,
From fearful trip the victor ship comes in with object won;
Exult O shores, and ring O bells!
But I with mournful tread,
Walk the deck my Captain lies,
Fallen cold and dead.

~ good bye Lt. Commander Navy (R) Mat Seri Bin Mat Salleh. (1950-2012)

~po.

Wednesday, January 25, 2012

Petang Bersama Arwah Ayah

...

Dulu,
kalau nak makan roti canai,
arwah Ayah bawak aku naik motor pergi dekat sebelah Masjid.
Situ roti canai dia sedap
kuah kari dia terangkat

sekarang
Ayah dah tak ada...

Kadang-kadang juga dulu,
Ayah cuma tengok aje aku makan roti canai tu,
Ayah minum teh sambil hisap rokok tenung aku.
Aku tak tahu samada duit tak ada atau Ayah memang kenyang.

Dia menung memikirkan apa aku nak jadi bila besar nanti gamaknya...

Ayah dah tak ada...
Al-Fatehah buat Ayah.

~po

Monday, January 09, 2012

Tatkala tumpahnya airmatamu itu...

...

Anakku,
tatkala airmata kau tumpahkan
dari satu kegagalan
yang menyiat-nyiat perasaan

kamu mungkin tidak tahu
bahawa aku di satu sudut itu
bersyukur pada Yang Satu

kerana aku tahu
airmata yang tumpah itu
pernah dulu tumpah dari sudut mataku
dan semenjak itu
aku tidak lagi berpaling
lalu aku gagahi setiap jalan dan jurang
hinggalah berdiri di depanmu sekarang

anakku
airmatamu itu
membenihkan harapan
kepada kami yang tidak pernah berhenti
berdoa kepada Tuhan.

~po

Tuesday, January 03, 2012

Cahaya Amalina

...

tercalar
kaca yang dulunya
penuh cahaya
dek intan yang
kau sangkakan
menjadi perhiasan

dirimu yang kini
melihat dunia
dari pandangan sisi

dan dunia melihatmu
penuh sangsi

kalau masih bisa
mahu aku melambai kau kembali
kerana katamu
derita itu
pakaianmu setiap hari

derita kami juga
yang pernah mengaminkan doa
buatmu dulu...

~po