Wednesday, May 28, 2008

Maafkan Aku Teman

...

Tatkala malam menguraikan ikal hitam
Sunyi yang mendamaikan alam
Menggamit ketenangan

Salam buat insan-insan berlumuran
Di Lubnan Selatan
Di bumi yang penuh tercatat kelukaan
Hanya doa yang mampu aku panjatkan

Salam buat teman-teman di tanah Pangandaran
Bumi kalian bergetaran
Ombak yang dulunya pernah menjerit sedu dan sedan
Kembali berkocakan
Hanya doa keinsafan aku munajadkan

Maafkan aku
Teman-teman
Aku hanya mampu mendengar dan melihat cerita
Tanpa aku sendiri merasanya

Maafkan aku.

23.7.2006
~Po.

Tuesday, May 20, 2008

Aku Kapal Kertas



aku kapal kertas
terapung hanyut di laut lepas

tidaklah aku tahu
apakah aku akan hanyut ke penjuru benua baru
atau mungkin aku
tenggelam ke dasar laut
membiru

Hanya Tuhan yang tentu

aku kapal kertas
terapung hanyut dalam mimpi yang tak sudah
kadang-kala resah
selalunya gundah

bagai kapal kertas
dengan semangatnya aku redah
dengan untung nasibnya aku pasrah

kerana kita
aku, engkau dan semua
hanyalah manusia
Yang mengetahui segala
Hanya Dia

Hanyalah Dia.

~Po.

Tuesday, May 06, 2008

Selagi Aku

...

selagi aku masih mampu berdiri
aku akan tetap berlari

biar mengah
biar lelah

biar hanya selangkah demi selangkah

selagi aku masih mampu berdiri
dengan kedua kakiku sendiri

untuk aku mengaku kalah
maaf,
Tidak sesekali

selagi aku mampu
selagi itu aku akan menjadi aku

~PO