Monday, June 16, 2008

Di Malam Sesunyi Ini

...

di malam sesunyi ini
aku memetik gitar
dan bernyanyi

lagu cinta kasih suci
dari hati yang tulus murni

betapa aku
sedari dulu
menyayangimu

tetapi

di malam sesunyi ini
aku memetik gitar
dan bernyanyi

kau terlena lagi.

dan aku
menyanyi
sendiri

~po.

Thursday, June 12, 2008

Acu Ubah

...

Acu ubah
dari senang menjadi susah

acu ubah
dari penat menjadi lelah

acu ubah
dari kolam menjadi kolah

acu ubah
dari tenang menjadi resah

acu ubah
dari biasa menjadi parah

acu ubah
dari benar menjadi salah

acu ubah
dari senyum menjadi marah

acu ubah
dari tongkat menjadi galah

acu ubah
dari menang menjadi kalah

acu kau ubah
kami sudah nak muntah
acu kau ubah
sebelum kami ramai-ramai lihat kau rebah

acu
kau
ubah

~po.

Sunday, June 08, 2008

Alahai Anak Omak

alahai anak omak gigit jari
baru ingat nak angkat diri
kereta baru dapat kunci
tak payah berasak naik keretapi
penat naik bas asyik berdiri

alahai anak omak gigit jari
minyak naik melambung tinggi
susu budak belum beli lagi
makan bubur buat ganti nasi
cair-cair tawar pun jadi

alahai anak omak gigit jari
susah hidup kalau macam ni
kais pagi kais sampai mati
belum tentu boleh suap nasi
bas sekolah belum bayar lagi

alahai anak omak gigit jari
manalah ese nak cari
duit nak bayar ah long dan ceti
anak merajuk bini nak lari
anak omak rasa nak mati

alahai...

Perantau Berdondang

di sanggar tari bahasa
dapatku amati bunga-bunga
yang merias serba elok
permaidani tempat aku duduk

tempat aku duduk
bersila terjelepok
mengenang tempat aku jatuh
lasak bermain berpeluh-peluh

berpeluh menempa nama
berkat jerih berkat usaha
walau perit walau bahaya
demi kasihku pada negara

pada negara dijunjung daulat
membanting tulang empat kerat
kepada bonda aku berjanji
selagi berdaya aku berdiri

aku berdiri atas kaki sendiri
niat ikhlas suci murni
menjulang Malaysia ke puncak dunia
mendabik nengkara gemilang bergema

gemilang bergema serunai juara
membawa naubat warisan istana
berperi budi pekerti berseni
pujangga mengikut resmi padi

resmi padi tunduk berisi
menabur bakti kepada bumi
resmi rakyat Malaysia sejati
damaikan cinta pada pertiwi

Wednesday, June 04, 2008

Gua Bikin Ini Sajak.

...

Gua tahu gua tak layak

Gua tahu gua cuma kutu berahak

tapi
Gua bikin ini sajak
Bukan kerana gua nak berlagak

Gua bikin ini sajak
Bukan kerana gua bangga bahasa rojak

Gua bikin ini sajak
Sebab ada benda gua nak cakap
Sebab ada rasa dalam dada yang tersekat

Gua bikin ini sajak
Bukan sebab gua saja nak cuba-cuba bakat

Gua bikin ini sajak
Sebab gua pun ada hak!

Gua bikin ini sajak
sebab gua nak lu orang semua ingat
budak Syarlini dah jumpa ke tidak?
Gua syak, lu orang semua dah tak ingat

Gua bikin ini sajak
sebab harga barang naik mencanak-canak
beras dah mahal macam donat
Lain barang harga gua ingat
lu orang pun terperanjat

Gua bikin ini sajak
harga minyak dah naik tinggi sangat
lu kata, tak pe; kita masih subsidi minyak masak
lu kata, lu pulangkan balik duit pakai pos dalam kotak
lu kata, cukai jalan sudah kerat

lu ingat,
otak gua tak boleh fikir berat-berat?

Gua bikin ini sajak
Kadar letrik pun nak naik jugak
tak menyempat-nyempat

Gua rasa gua kutu berahak
merangkap juga seorang rakyat
dan gua rasa gua pun ada hak

lalu gua tulis ini sajak
takkan gua nak duduk aje tunggu berkat?

cuba lu jawab?

~Po