Kembalilah Sufiah...
...
jalanmu penuh liku
onak pedih mencalar menjadi ranjau ranjangmu
dan akhirnya batang tubuhmu
tersungkur di muka pintu
berkabut sendu
lupakan seketika sufiah
bahawa kau pernah memahat sejarah
kerana hari ini masih cerah
anugerah bukanlah sumpah
hidup ini tak pernah mudah
kembali
kerana namamu sufi
kembali
kerana pintu ini
tidak pernah sesekali terkunci
sufiah
masih ada waktu
cahaya itu masih tetap di situ
hanya menunggu
engkau membuka pintu
kembalilah
kerana namamu sufiah.
~Po.