Sunday, May 29, 2005

Takdir

Suratan takdir
bagi insan berfikir
bersebab hingga noktah terakhir
apa yang tertulis
bukannya dipilis
hingga terduduk seorang optimis
tertunduk pemikir ekonomis
Suratan takdir
adalah jalan bercabang dihilir
pilih yang betul
hadir
pilih yang salah
getir

Saturday, May 28, 2005

Kalaulah kau bersama

kalaulah
kalaulah kau bersama
kita hanya dua jiwa sesat yang berenang-renang di dalam balang ikan
bertahun tahun lamanya
berlari-lari di tanah yang sama
apa yang telah kita jumpa?
ketakutan yang sama
kalau lah kau bersama

Friday, May 27, 2005

Bicara Sepi Sang Isteri

Sepuluh minit lagi
akan bermula esok hari
namun aku masih menanti
beginilah hampir setiap hari
apa yang hangat
sudah sejuk kembali
tertanya tanya diri sendiri
sampai bila harus begini
tak sampai satu jam sehari
dapat ku belai kekasih hati
selalu saja bercinta seorang diri
sementara kau mencari rezeki
beginikah hidup seorang isteri
hati yang penuh cinta tidak terperi
raja di hati sibuk sekali

Nasib tidurmu masih di sisi
nasib masih berjumpa setiap hari
kalaulah sebulan hanya sekali
hari-harilah rebas di pipi
hari-harilah patah di hati
inilah nasib hamba tekanan ekonomi
cari rezeki untuk anak dan isteri
serba ada tapi tak mencukupi
mari kita kaji
betul ke ni?

Sunday, May 22, 2005

Dari sudut hati

Pilu daku beradu tanpa mu...

Tiap hari aku ingatkan
Perpisahan yang aku minta dari mu
Aku bersalah

Permainkan cinta sejati dan luhur
Cuma aku terlayang pandang
Aku tidak lagi sanggup mempermainkan hati mu

Kejujuran dan kelikhlasan mu setiap hari menyilaukan pandangan ku
Hingga jalan untuk kebahagian tidak teserlah..
Aku buta

Diwaktu yang suntuk ini
hanya terlintas dihatiku
dari lubuk hati yang paling dalam
Maafkanlah aku...

Biarkanlah aku pergi
Kau tidak lagi aku miliki.

Tuesday, May 17, 2005

Dalam Perjalanan Ini

Aku berlari-lari
mengejar sesuatu yang kucari-cari
tapi dah aku ketahui
jangkauan itu tidak pasti

Aku cuba berjalan
agar langkahku lebih perlahan
supaya segala-galanya dapat kufikirkan
kutilik, kujangka, tanpa perasaan

Aku terhenti pula
Kerana perasaan itu kembali menjengah
Apa kau fikir aku sudah gila
Cuba menggapai tanpa sudah

Aku menapak langkah demi langkah
Kerana kulihat ada lubang-lubang
Takut pula kalau terjatuh
Lalu tak bisa keluar semula

Kini aku juga melihat
Ke kiri dan ke kanan
Semakin luas pandanganku
Yang selama ini hanya selorong

Namun tetap kutoleh ke belakang
Ada pengajaran menjadi bingkisan
Buat renungan dalam perjalanan
Jadi landasan buat keputusan

Yang kutunggu pasti kan datang
Tak akan aku fikir bila dan di mana
Kalau yang ditunggu tak kunjung tiba
Langkah kaki ini tetap kuteruskan jua

Monday, May 16, 2005

Sebuah Catatan Rindu

...

Aku tahu
Di saat aku mengejarmu dulu

Berlari-lari
Dalam gerimis pagi

Aku pernah berjanji
Aku menyatakan sumpah dari hati
Di bawah redup warna-warna pelangi

Bahawa aku sanggup melintasi lautan api
Sanggup mendaki puncak tertinggi
Sanggup membelah dada ini
Demi sang Puteri
Yang hadir dalam setiap mimpi-mimpi

Kini
Tatkala engkau berada di sisi
Dalam erat genggaman jari jemari
Dan anak-anak kita permata hati
Sudah pandai membaca ABC

Aku tahu
Aku jarang mengucapkan kata-kata rindu
Aku jarang menyatakan 'I Love U'
Aku terlalu jarang membelai dirimu
Dengan ucapan-ucapan syahdu

Dan kau menuntut janji-janji itu

Aku mahu kau tahu, pasti
Aku masih sanggup merentas lautan api
Mendaki kemuncak tertinggi
masih sanggup membelah dada ini
Demi dirimu Permaisuri hati

Cuma...
Boleh tunggu tak petang nanti?
Abang ada banyak kerja lagi ni...

~PO

Sunday, May 15, 2005

Bunga di taman larangan

UploadEngine.com - Ultra-fast, highly reliable and dedicated online file hosting.


Gemar sekali ku kota Milan
cukup indah kontour luaran
kaya warna kaya gaya
cita-citanya tetap mega
citarasanya tembus kotak alam konformis Melayuku
yang selalu marah, kecewa, takut, sedih dan sayu

Lalu aku duduk di pangkin Italia
di taman larangan, hatiku terpaut sekuntum bunga

Di Bulawayo, kambing simbol gagahnya wira
diarak dipertonton semua gembira
mesejnya sama
Milan indah gaya, Bulawayo kaya kuasa
satu dunia pertama
satu dunia ketiga

Aku terus duduk di pangkin
hatiku terus mahu bunga di taman larangan

Di Sydney, bumiputeranya mahu dihormati
caranya jauh sekali aku setujui
hormat akan kau dapat
jika cara mu tepat

Di Sydney pilihan ku masih pangkin (bersama laptop buruk)
di sini aku menyelesaikan masalah dunia
tapi aku masih teringat bunga di taman larangan

Esok aku akan bertemu bunga di taman larangan
telah ku kata ”aku sudah nikahi England”
tapi aku terus berlatih menari
supaya bunga terus tertawan
kerana jiwaku terkunci di taman larangan

Aku cukup terseksa, bawalah aku keluar...

Wednesday, May 11, 2005

kronologi

8 pagi rasa tak kena
9, masih menghitung-hitung sebab tak nak pergi kerja
10, hmm...agaknya memang ada sesuatu yang tak kena
11, dah sah mesti jumpa dokter

12 tengah hari, masuk klinik dengan gimik pucat pasi
bagitau dia, aku rasa termakan benda basi
dokter belek situ sini
tepuk perut dan prescribe ubat
lepas tu dia bagi MC

di kaunter, aku capai kad I.N.G, ubat dan MC
mengesot kaki dan memegang perut
berlakon drama macam orang semput
keluar klinik, hahaha...muka dah tak berkerut
terpandang aja slip MC...aku sihat kembali

Tuesday, May 10, 2005

Saying Goodbye to 'Conduit'

UploadEngine.com - Ultra-fast, highly reliable and dedicated online file hosting.
Me and buddy Aznil Nawawi

I’m no ‘conduit’
I’m me.
I’m as pleasant as I can be,
I’m no walking stick
I’m great... but up there I’m sick
Always with my empty gun
Most of the time I’m so much fun...

I’m no ‘conduit’
They can’t come and go

Coz I’m no aerodrome
I’m just a bit more colourful than Rome
My heart, head and soul are very much my home

I’ve said goodbye to ‘conduit’
I waved ‘tata’ to all those “Self-Pity Piss Artists’
Coz if you let them, they’ll leave you empty
It’s time to say “I’m doing this for ME”


Note:

Dictionary.com defines conduit as:
1. A pipe or channel for conveying fluids, such as water.
2. A tube or duct for enclosing electric wires or cable.
3. A means by which something is transmitted: an arms dealer who served as a conduit for intelligence data.

Kenapa kita tua?

Kenapa kita jadi tua?
sebab sudah terlalu banyak sangat kerja yang kita dah buat
Kenapa kita akan jadi kedut?
Sebab kulit pun dah tak tahan nak tegang lagi

Kenapa kita jadi pelupa?
Sebab masalah dunia dalam kepala dah lebih separuh abad kita belum selesaikan
Kenapa kita jadi nyanyuk?
Sebab apa yang kita fikirkan dah tepu dalam kepala otak

Kenapa kaki dah tak kuat nak berjalan?
Sebab kalau dihitung dah berjuta kilometer kita berjalan
Kenapa kaki kena potong?
Sebab selautan gula pun tak cukup...erti kata lain kencing manislah tu

Bilakah semua di atas terlupa sekejap?
Bila masuk kelab dangdut berkepit dengan GRO tak sudah lagi nak buat maksiat
Kenapa pulak bila ibadat liat sangat nak buat?
sebab ada masa lagi ' life begin at 50'

Monday, May 09, 2005

Aku pulang

Aku pulang
Hanya seketika rasanya
Sepeninggalan ku pulang
Tunggulah dirimu disini

Aku Pulang
Dari dulu dan kini aku ingin kembali dari mana asalku
Ku tunggulah disini

Aku pulang
Jiwa ku yang sirna kembali bersinar
Tunggulah kau disini

Aku pulang
Kau tunggulah aku disini pasti aku akan datang kembali..



Mohariz Yaakup
Kuala Lumpur
1/5/2005

air mata

air mata ini
menitis kerana duka

air mata ini
menitis kerana terharu

air mata ini
menitis kerana takut

air mata ini
menitis kerana hiba

air mata ini
menitis kerana bawang

air mata ini
menitis kerana jazbah rabbani

air mata ini
menitis kerana inzal

air mata ini
menitis kerana mataku pedih
terlalu lama mengadap paparan komputer

air mata ini
menitis kerana
getaran ruhani suci yang mendekatiku

air mata ini
menitis kerana apa saja

bila kau melihat
air mataku menitis
tak perlulah kau bertanya kenapa

kerana
air mata ini bisa menitis
kerana apa saja

Sunday, May 08, 2005

Hanya Satu

Mungkin hatiku sering terguris
Kerana pedas kata-katamu
Pedih kudengari

Mungkin air mataku bisa mengalir
Kerana sukar untukmu
Mengerti naluri ini

Mungkin amarahku menyelubungi kalbu
Kerana kau sering saja
Membuat aku keliru

Tapi, hanya satu
Kau hanya satu
Dalam hidupku

Kau disampingku
Tatkala cinta pertamaku buntu
Kau usapiku
Tatkala mimpi ngeri menggangu tidurku
Kau kucup dahiku
Tatkala doa masih basah dibibirmu

Ummi
Hatimu luhur
Jiwamu suci
Pedas katamu membawa erti
Bahagia si anak hanya di hati

Ummi
Cintamu tidak bertepi
Pasrah doamu mengiringi kami
Semalam atau hari ini
Esok jua begini

Ummi
Maafkan kami
Kerana kami yang kurang memahami
Kerana kami leka dengan naluri
Tidak terdengar bisikan hati

Ummi
Sayang kami
Hanya Satu
Hanya Untukmu

Ummi
Kau hanya satu
untuk anak-anakmu
Hanya satu Ummi

Thursday, May 05, 2005

Cerita Cinta

Bila terjumpa
kilau laksana
permata berharga
jiwa terpanah

Tak pernah diduga
jalinan lama
berputik rasa
cinta
teristimewa

Sekian lama terpendam rahsia
baru kini mekar cerita
cinta
kita
sehati sejiwa
cerita cinta
kita
cerita cinta kita

Mendung mendatang
usia diukir
lembayung kasihku
takkan terpinggir

Cerita cinta kita.

Kecewa

Tak terduga
kian lama cinta kita
makin pudar setia
berubah arah

Asmara yang dalam dada
ke mana hilangnya
walau pernah hadir
dalam jiwa

Keluhuran kasihmu
pernah
hadir menghiasi dunia sepi
mimpiku yang terindah
bahagia yang ku ukir sendiri

Kecundang
bila kau beralih rasa
aku terpisah
terkecewa

Dicari-cari
dimanakah silapnya
pesona didamba
lalu terpedaya

Kuburkanlah cinta
berakhirlah sudah
terlerai jua asmara
yang kudamba
kecewa

Mengapa kecundang
bila kau beralih rasa

(lirik tak jadi lagu)

Tuesday, May 03, 2005

Pandangan Nazrah

Kepulanganmu
dikira boleh mengubat rindu
separuh gila berendam sendu
berjauhan dengan aku
disambut gerombolan bengis
mematikan bunga pencak langkahmu
pecah impian merangkul puteri
terbit dan menegang urat serikandi
tak dijemput masuk disua penumbuk

Kau yang tak ku kenali
mengapa kau datang sini
seolah mahu membawaku lari
jauh dari konco-koncoku ini
si comot berlari lari
dalam tempayan ia bersembunyi
setelah lama dicari-cari
disental bersih bersabun mandi

Dalam bingung ada cemas
istana aku dibungkus kemas
meronta-ronta aku yang lemas
dirangkul dipeluk ketat dan kemas
macam kambing takut terlepas
Tika itu ku duniaku berpusing-pusing
konco-konco bengis amarah makin melenting
aku kau bawa jua ke tempat asing

Menitik air mata wanita itu
yang ku kenal sebagai ratu
parah terpanah bisa lidahmu
dari itu aku tutup pintu hatiku
takkan ada ruang buatmu
menagih kasih dan simpatiku
tak terbiasa dengan gerak langkahmu
hingga kini kau sangat asing bagiku

Bila aku sendiri yang melahirkan
naluri yang aneh tapi mengasyikkan
baru terhampar cerita yang membenarkan
gagahnya serikandi bila kasih berantakan
dikala senja baru kesampaian
ampunkanlah aku si budak comot
tangan diikat kepala dipasung
diracun-racun fikiran kolot
menafikan matamu cahaya yang sulung.

Baru jelas hikayat pedang dan panah
naluri aneh srikandi barirah
dari sudut pandangan nazrah

Aku merdeka

UploadEngine.com - Ultra-fast, highly reliable and dedicated online file hosting.UploadEngine.com - Ultra-fast, highly reliable and dedicated online file hosting.

Hari ini aku merdeka
bukan merdeka total, tetapi separa

Satu langkah dijajah hati
satu kaki bebas sekebal besi
ada kala konflik ada masa serasi

senyumku kembali
mungkin lama mungkin sementara
tapi kan itu tak mengapa?

kembara kupandu menyanyi ria...

Monday, May 02, 2005

Aku betul-betul penat...

UploadEngine.com - Ultra-fast, highly reliable and dedicated online file hosting.UploadEngine.com - Ultra-fast, highly reliable and dedicated online file hosting.UploadEngine.com - Ultra-fast, highly reliable and dedicated online file hosting.

Aku penat
setiap kali sama saja cerita
jalan cerita sama
tingkah sama
reaksi serupa
anjakan tiada

Aku penat
cerita berakhir di bangunan sama
dewan pun sama
yang hadir orang itu juga
dan padaku kata mereka ”sedap suara you mengacara”

Aku penat
aku saja yang senyum
aku saja yang understanding
sampai aku terpelanting
perasaan ku tak penting

Aku memang betul-betul penat
teramatlah penat
biar tiada cinta kalau cinta membawa sengsara
Aku tak mahu lagi penat...

Sunday, May 01, 2005

Suatu Hari

...

Suatu hari
Aku kembali
Ke Kota ini

Menginap di Jalan P. Ramlee
Bersebelahan dengan Hard Rock Kopi
Mengintai dari sipi-sipi

Jam 1 pagi
Berjalan kaki
menyusur laluan batu bata bersegi
Mencari hakikat realiti
Dengan mata kepala sendiri

Melihat lautan manusia menari
Dalam muzik bingit berkelip-kelip api
Tak sedar diri
Tak ingat mati

Disapa oleh seorang pemandu teksi
'Mau perempuan malam ni?'

Mengangkat tangan ini
Dikibaskan ke kanan dan kiri
Dengan hormat menolak ajakan nafsu-nafsi
'aku sudah beristeri'
Bisik hati

Jam 2 pagi
Aku kembali
Mencari diri
Yang tenggelam dalam titis embun dinihari

Betapa aku menemui kini
Besarnya harga dan nilai erti
Sebuah pembangunan di kota ini

Suatu hari
Aku tak mahu nanti
Anak-anak aku sendiri
Membayar harga ini

~darekampo